Sejarah Lira Turki

Akibat hiperinflasi yang dialami oleh Turki sejak dari dekad 1970-an sehingga dekad 1990-an, lira Turki mengalami susut nilai yang amat teruk. Dari 9 lira setiap dolar Amerika Syarikat pada puratanya pada akhir dekad 1960-an, nilainya susut sehingga lebih kurang 1.65 juta lira setiap dolar Amerika Syarikat pada akhir tahun 2001.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan menggelar masalah inflasi ini sebagai suatu "keaiban negara". Walaupun terdapat setakat pemulihan masalah inflasi itu, Parlimen Turki telah meluluskan sebuah undang-undang pada akhir bulan Disember 2004 yang membenarkan enam kosong dibuang daripada nilai mata wangnya, serta penciptaan lira Turki yang baru.

Kadar pertukaran mata wang pada 1 Januari 2005 adalah seperti yang berikut:

  • USD 1.00 = TRL 1,325,700.00 = TRY 1.3257
  • EUR 1.00 = TRL 1,798,179.00 = TRY 1.79818
  • TRY 1.00 = USD 0.75432
  • TRY 1.00 = EUR 0.55612

Pengenalan Lira Turki Baru diiringi oleh dua wang kertas yang baru yang tiada padanan dalam sistem lama, iaitu YTL100 dan YTL50.

Pada masa dahulu, negara-negara yang lain juga pernah menilai semula mata wang mereka. Satu kes yang serupa ialah Nuevo Sol (matahari baru), mata wang Peru, yang menggantikan sejuta Inti (matahari dalam bahasa Quechua) pada tahun 1991; Inti pada dirinya menggantikan Sol de Oro (matahari emas) pada tahun 1985 dengan kadar 100-1. Argentina telah menggantikan banyak versi pesonya sejak dari awal tahun 1970. Lagi satu kes ialah India yang telah menilai semula rupeenya yang ditetapkan pada sistem Paun Sterling kepada nilai yang mendasarkan piawai emas pada tahun 1966, dengan penggunaan duit syiling lama dihentikan secara berperingkat-peringkat.